Tuesday 8 November 2011

"Hmm.. Manisnya coklat ni..!"

     Hari itu Ijat sudah lambat. Ijat ambil keputusan untuk tidak bersarapan di dewan makan yang terletak jauh dengan kelas hafazannya. Lantas Ijat menyarung jubah putih yang tergantung dan mengambil dua bungkus coklat Crispy kegemarannya dan sekotak air soya Ye'os lalu bergegas menuju ke kelas.

Coklat Crispy. "Manisnya coklat ni..!"
         Sambil menghadap mushaf Al Qur'an, Ijat membuka bungkusan Crispy lalu mengunyahnya selepas membaca doa makan. "Hmm.. Manisnya coklat ni..!"bisik Ijat. Kemudian, Ijat meneguk pula air kotak soya yang dibawanya bersama.

      "Haih......?"
      Rasa manis coklat Ijat rasakan hilang, apabila kemanisan soya itu meluncur laju dalam lidahnya. Otak Ijat ligat berfikir kenapa. Rupanya tunas rasa manis dalam lidahnya ada satu bahagian sahaja, masakan dia boleh merasai dua kemanisan dalam satu-satu masa. Ijat tersenyum sendirian.


    Dahulukala. Hari ini. Selamanya.
  1. Tidak mungkin kita boleh merasai manisnya IMAN selari dengan manisnya JAHILIYYAH.
  2. Masakan kita boleh merasai bahagianya KEBAIKAN bersama dengan puasnya KEMUNGKARAN.
  3. Mana mungkin kita boleh melakukan amal-amal SYURGA serentak kita melakukan amal-amal NERAKA.
     “……Ya Allah, letakkanlah dunia di tangan-tangan kami dan jangan Engkau jadikan dunia menetap di hati-hati kami…” 

Amar Ismat
Seksyen 16, Shah Alam
8 Nov 2011 10.31 a.m
    

Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon