Friday, 30 December 2016

JENTIKAN IMTIHAN

Tulisan: Ust Syed A Israa (Disember 2013)


Sedikit jentikan untuk kita di fatrah imtihan:

Kesungguhan kita memahami dan menghadam ilmu bergantung kepada besar mana nilai ilmu di dalam diri kita. Orang yang nilai ilmu di sisinya kecil, maka kelakuan dia seharian dalam berinteraksi dengan ilmu umpama melepas batuk di tangga. Manakala orang yang besar nilai ilmu di sisinya, kelakuan dia serta interaksinya dengan ilmu umpama menatang minyak yang penuh.

Bagaimana mem'besar'kan nilai ilmu di dalam diri?

1. Merasakan bahawa ilmu itu ialah penentu bagi dirinya samada ke syurga atau ke neraka

2. Merasakan bahawa ilmu itu bagi dirinya ialah penentu samada dia menerima buku amalan dengan tangan kanan atau tangan kiri

3. Merasakan bahawa ilmu itu ialah kelengkapan dirinya untuk berperang dengan musuh Allah, sama penting seperti peluru berpandu dan senjata nuklear

4. Merasakan bahawa ilmu itu ialah sebuah rantai kepada dunia luar yang akan menjadi tali penyelamat ketika dia berseorangan di dalam kubur nanti

5. Merasakan bahawa ilmu itu ialah penentu kepada siapakah calon zaujahnya (lelaki yang bagus utk perempuan yg bagus) dan apa bentuk perangai anak-anaknya kelak

Moga moga Allah mencampakkan rasa bahagia ke dalam hati kita tatkala kita menelaah ilmu ilmu Allah di hadapan kita.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon