Sunday 18 December 2011

Pasca HIMPUN


     Alhamdulillah, selesai Himpunan Sejuta Ummah HIMPUN Peringkat Negeri Perak. Walaupun kadar mobilisasi tenaga kerja tidak semegah HIMPUN di Stadium Shah Alam, rata-rata siri jelajah HIMPUN Peringkat Negeri ini berjaya menemukan sejumlah 3 ribu ummah dari kalangan muda-mudi yang masih ada sekelumit perasaan untuk mempertahankan agama ini. Penulis juga diberi peluang untuk turut serta menjayakan program, walaupun dipanggil pada saat-saat akhir.


Sepanduk yang menyokong agar ISLAM didaulatkan

     Setelah sekian lama Islamis dan Nasionalis berperang dingin di tanah air tercinta ini, akhirnya timbul suara-suara kesatuan yang ingin mendahulukan isu aqidah tuntas mengatasi segalanya. Harga mati untuk kedaulatan ISLAM. Mengenepikan blok-blok politik kepartian yang sering diganggu gugat oleh kuffar yang lantang menyuarakan hak asasi mereka. Tidak perlu bicara panjang, jenama dan logo HIMPUN itu sendiri melambangkan sebuah kesepakatan dan kesatuan yang sudah sekian lama dipisahkan oleh momokan Melayu Vs Islam.


Simbolik kesepakatan dan kesatuan yang sudah lama diimpikan, menjadi teras kepada jenama dan logo HIMPUN, yang bertunjangkan kedaulatan ISLAM


     
     Pasca HIMPUN ini, atas analisa peribadi, penulis mencadangkan agar semua daripada Muslimin di tanah air untuk:

  1. Menyahut seruan HIMPUN di mana-mana kawasan yang mengajak untuk berHIMPUN. Mustahil tiada kariah di negara ini yang tidak melaungkan seruan berHIMPUN untuk solat berjemaah, menghadiri kuliah agama dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini adalah perHIMPUNan harian asas yang wajib dihadiri, terutama kepada para lelaki muslim.
  2. Bersegera melibatkan diri dalam aktiviti yang mengHIMPUNkan anasir-anasir kebaikan untuk digarap potensinya, seperti Usrah, Katibah, Mabit, Daurah, Rehlah, Mukhayyam dan sebagainya untuk sentiasa mengekalkan ruh tarbiyyah, ruh HIMPUN dan berjemaah di dalam diri ummah.
  3. Jangan pernah mencela atau mengkritik usaha-usaha orang lain untuk mengHIMPUNkan ummah. Asalkan HIMPUN mereka bebas daripada unsur-unsur maksiat dan cerca-mencerca, dan dibuat semata-mata untuk mendaulatkan agama, maka jangan sekali-kali menghalang mereka untuk berHIMPUN.
     Wallahua'lam. Sekadar kajian peribadi berdasarkan pengamatan dan pengalaman hidup yang masih setahun jagung.

 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 

"Dan berbantu-bantulah kamu dalam urusan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu berbantu-bantu dalam urusan dosa dan permusuhan.." Al Maidah : 2


Amar Ismat
Seksyen 16, Shah Alam
18 Dec 2011 06.22 p.m

Monday 12 December 2011

Berfikir sebentar.

Berhibur tiada salahnya
Kerana hiburan itu indah
Hanya pabila SALAH memilihnya
Membuat kita jadi berSALAH..!
Neraca mudah dalam berhibur. Terima kasih Raihan atas lirik yang mudah dan tepat. Sangat sesuai pada zaman sekarang, di celah-celah kekelabuan industri nasyid marcapada, ditambah kebangkitan gelombang muzik K- Pop dan Jepun yang membadai di nusantara ini. Moga bermanfaat ikhwah dan adik-adik sekalian.



Sunday 4 December 2011

Beginilah Agamaku...


     Ramai dan pelbagai pihak yang teruja dgn ramainya bakal-bakal doktor, arkitek dan jurutera di negara Malaysia tercinta ini. Tetapi, berapa ramai daripada kita yang gembira dgn kelahiran bakal-bakal ustaz yang akan membantu mengembalikan kefahaman Islam yang sahih di bumi Malaysia ini?

'Dah ramai yg belajar agama, ambillah bidang lain..'

'Dah padat Mesir tu dgn student Malaysia, pergilah tempat lain..'

'Kalau ambil agama, balik nanti nak kerja apa? Berapa gaji sebulan?'



Di sudut yang lain, di bumi berdarah dan bumi berjuang...
'Al Aqsa ini lebih kami cintai daripada jiwa-jiwa dan anak-anak kami..!'-Seorang ummu syahid di Palestin-
Sayangnya beliau terhadap agamanya melebihi cintanya terhadap anak dan dirinya sendiri.
Al Azhar Asy Syarif. Universiti terulung dan tertua di dunia.


Semua kembali kepada niat dan ijtihad masing-masing.


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?'." [Fushshilat:33]


Amar Ismat
Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin
04 Dec 2012 05.50 p.m