Sunday 18 December 2011

Pasca HIMPUN


     Alhamdulillah, selesai Himpunan Sejuta Ummah HIMPUN Peringkat Negeri Perak. Walaupun kadar mobilisasi tenaga kerja tidak semegah HIMPUN di Stadium Shah Alam, rata-rata siri jelajah HIMPUN Peringkat Negeri ini berjaya menemukan sejumlah 3 ribu ummah dari kalangan muda-mudi yang masih ada sekelumit perasaan untuk mempertahankan agama ini. Penulis juga diberi peluang untuk turut serta menjayakan program, walaupun dipanggil pada saat-saat akhir.


Sepanduk yang menyokong agar ISLAM didaulatkan

     Setelah sekian lama Islamis dan Nasionalis berperang dingin di tanah air tercinta ini, akhirnya timbul suara-suara kesatuan yang ingin mendahulukan isu aqidah tuntas mengatasi segalanya. Harga mati untuk kedaulatan ISLAM. Mengenepikan blok-blok politik kepartian yang sering diganggu gugat oleh kuffar yang lantang menyuarakan hak asasi mereka. Tidak perlu bicara panjang, jenama dan logo HIMPUN itu sendiri melambangkan sebuah kesepakatan dan kesatuan yang sudah sekian lama dipisahkan oleh momokan Melayu Vs Islam.


Simbolik kesepakatan dan kesatuan yang sudah lama diimpikan, menjadi teras kepada jenama dan logo HIMPUN, yang bertunjangkan kedaulatan ISLAM


     
     Pasca HIMPUN ini, atas analisa peribadi, penulis mencadangkan agar semua daripada Muslimin di tanah air untuk:

  1. Menyahut seruan HIMPUN di mana-mana kawasan yang mengajak untuk berHIMPUN. Mustahil tiada kariah di negara ini yang tidak melaungkan seruan berHIMPUN untuk solat berjemaah, menghadiri kuliah agama dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini adalah perHIMPUNan harian asas yang wajib dihadiri, terutama kepada para lelaki muslim.
  2. Bersegera melibatkan diri dalam aktiviti yang mengHIMPUNkan anasir-anasir kebaikan untuk digarap potensinya, seperti Usrah, Katibah, Mabit, Daurah, Rehlah, Mukhayyam dan sebagainya untuk sentiasa mengekalkan ruh tarbiyyah, ruh HIMPUN dan berjemaah di dalam diri ummah.
  3. Jangan pernah mencela atau mengkritik usaha-usaha orang lain untuk mengHIMPUNkan ummah. Asalkan HIMPUN mereka bebas daripada unsur-unsur maksiat dan cerca-mencerca, dan dibuat semata-mata untuk mendaulatkan agama, maka jangan sekali-kali menghalang mereka untuk berHIMPUN.
     Wallahua'lam. Sekadar kajian peribadi berdasarkan pengamatan dan pengalaman hidup yang masih setahun jagung.

 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 

"Dan berbantu-bantulah kamu dalam urusan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu berbantu-bantu dalam urusan dosa dan permusuhan.." Al Maidah : 2


Amar Ismat
Seksyen 16, Shah Alam
18 Dec 2011 06.22 p.m

Monday 12 December 2011

Berfikir sebentar.

Berhibur tiada salahnya
Kerana hiburan itu indah
Hanya pabila SALAH memilihnya
Membuat kita jadi berSALAH..!
Neraca mudah dalam berhibur. Terima kasih Raihan atas lirik yang mudah dan tepat. Sangat sesuai pada zaman sekarang, di celah-celah kekelabuan industri nasyid marcapada, ditambah kebangkitan gelombang muzik K- Pop dan Jepun yang membadai di nusantara ini. Moga bermanfaat ikhwah dan adik-adik sekalian.



Sunday 4 December 2011

Beginilah Agamaku...


     Ramai dan pelbagai pihak yang teruja dgn ramainya bakal-bakal doktor, arkitek dan jurutera di negara Malaysia tercinta ini. Tetapi, berapa ramai daripada kita yang gembira dgn kelahiran bakal-bakal ustaz yang akan membantu mengembalikan kefahaman Islam yang sahih di bumi Malaysia ini?

'Dah ramai yg belajar agama, ambillah bidang lain..'

'Dah padat Mesir tu dgn student Malaysia, pergilah tempat lain..'

'Kalau ambil agama, balik nanti nak kerja apa? Berapa gaji sebulan?'



Di sudut yang lain, di bumi berdarah dan bumi berjuang...
'Al Aqsa ini lebih kami cintai daripada jiwa-jiwa dan anak-anak kami..!'-Seorang ummu syahid di Palestin-
Sayangnya beliau terhadap agamanya melebihi cintanya terhadap anak dan dirinya sendiri.
Al Azhar Asy Syarif. Universiti terulung dan tertua di dunia.


Semua kembali kepada niat dan ijtihad masing-masing.


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?'." [Fushshilat:33]


Amar Ismat
Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin
04 Dec 2012 05.50 p.m

Monday 28 November 2011

The Strength Of Hope

     I bet many of us, including myself, are interested in Japanese Animes. In my generation's time, major were die-hard fan of Dragon Ball Z, Digimon, and Naruto. As I grew up, I realized and learned some interesting and beneficial similarities between these animes.

Uzumaki Naruto and Uchiha Sasuke
  1. Patamon and it's partner, T.K. From an ordinary and primary digimon, Patamon can digivolve to Angemon and MagnaAngemon, a powerful creature, with the help of T.K's crest, The Crest Of Hope. Both of them carry the HOPE of the mankind and the digital world to demolish the dark and evil digimons.
  2. Uzumaki Naruto and Uchiha Sasuke. Although Naruto known for his dumbness, but he defeated many of his powerful villains in his search for Sasuke. His HOPE to bring Sasuke back to the good side as they were in Team 7 under Hatake Kakashi make him an invincible ninja. 
  3. Son Goku always won although several times, he faced fatal battles with enemies throughout the world. He cast Energy Ball to kill Majin Buu in their fight by the help of the mankind and all creatures, as he was the only HOPE to save the universe from the killermachine Majin.
     That HOPE too that brought our Prophet, Muhammad S.A.W to play the part and take the role. He patient although He faced oppositions from His relatives and families. He is spirited to preach Islam and Da'wah  to all the mankind, although He knew that the veto of that time (Byzantine and Persian) will go against Him. He forgave and forget all kind of mistakes done to Him, as long as they embraced Islam. He is encouraged, as He know He is the HOPE and MESSENGER sent by Allah to save the mankind and humanity based on the Deen. He is the real Saviour and Hero among us, humans.

Ikatan Muslimin Malaysia
      Hope really has hidden strengh and power. It can make us an extraordinary person. It can light up the will, the energy within and the force outside. Congratulations ISMA, for came out with such an inspiring slogan, 'Membina Generasi HARAPAN'.

"Towards The Generation Of Hope"






Amar Ismat
Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin
28 Nov 2011 04.07 p.m.     

Saturday 19 November 2011

Warna-Warna Spektrum

Bukan sudah ku katakan
Yang putih itu putih
Yang hitam itu hitam
Hitam tak mungkin putih
Putih tak mungkin hitam
  
Apa boleh buat?
Kelabu tampak berseri
Kelabu cair
Kelabu sedang-sedang
Kelabu pekat


Sampai hitam jadi kelabu
Ataukah putih jadi kelabu?
Bukan sudah ku katakan
Apa boleh buat?
Prisma spektrum cahaya. Membiaskan cahaya putih menjadi tujuh warna pelangi.


Hasil nukilan bernas Akhi Syed Ahmad Israa', ditemui dalam majalah Generasiku Sekolah Menengah Islam Hira' terbitan 2007. Simbolik jelas untuk mereka yang masih dalam fasa memilih identiti diri. Ingat, hanya ada dua pilihan di dalam tangan. Tiada kemanisan yang ketiga.

"Dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati..." (Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad Bin Hanbal)


Amar Ismat
Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin
19 Nov 2011 12.05 a.m 


Wednesday 16 November 2011

Tetap Teguh Berjalan


Wahai ikhwah sekalian, jika kalian ingin tetap teguh berjalan atas jalan dakwah ini, maka tidak boleh tidak, kalian mesti membuat perkara-perkara berikut:-

  1.  IKHLASkan niat tulus kepada Allah Rabbul Jalil. Tiada penggugah yang terbaik dalam amal melainkan niat ikhlas menuntut redha Allah S.W.T. Berapa ramai daripada ikhwah yang gugur kerana menyimpan niat utama tersurat mengharapkan NAMA, HARTA dan KEDUDUKAN.
  2.  BERSIHkan diri daripada noda DOSA dan karat MAKSIAT. Dosa menjadi antara asbab kenapa Islam masih belum menjadi Ustaz di muka bumi ini. Berapa ramai daripada ikhwah yang gugur kerana masih tidak bebas daripada belenggu JAHILIYYAH, yang menatijahkan tumpulnya pandangan dan lesunya amal.
  3. Mata duitan boleh mengakibatkan seseorang itu buta segala-galanya
  4.  RANGKAIkan diri bersama orang-orang soleh. Ini bukan bermakna seseorang akh itu melarikan diri daripada mencampuri manusia seluruhnya, tetapi akh tersebut perlu meluangkan masanya khusus untuk menggauli para solehin dan ikhwah sekaliannya. Berapa ramai daripada ikhwah yang gugur kerana kurang masanya bersama solehin, lantas menyebabkan dirinya kendur dan luntur lalu tersungkur daripada dakwah.
    Sekadar kajian peribadi penulis bersama beberapa ikhwah lain. Moga semua daripada tetap teguh berjalan atas jalan yang panjang ini. Doakan agar penulis dan semua thabat.

"Katakanlah, ini jalanku, aku dan orang-orang yang bersamaku mengajak (manusia) kepada Allah dengan Basiirah (jalan yang jelas)... -Yusuf:180

Amar Ismat
Maahad Tahfiz Ikatan Muslimin
16 Nov 2011 1.00 p.m





    Tuesday 8 November 2011

    "Hmm.. Manisnya coklat ni..!"

         Hari itu Ijat sudah lambat. Ijat ambil keputusan untuk tidak bersarapan di dewan makan yang terletak jauh dengan kelas hafazannya. Lantas Ijat menyarung jubah putih yang tergantung dan mengambil dua bungkus coklat Crispy kegemarannya dan sekotak air soya Ye'os lalu bergegas menuju ke kelas.

    Coklat Crispy. "Manisnya coklat ni..!"
             Sambil menghadap mushaf Al Qur'an, Ijat membuka bungkusan Crispy lalu mengunyahnya selepas membaca doa makan. "Hmm.. Manisnya coklat ni..!"bisik Ijat. Kemudian, Ijat meneguk pula air kotak soya yang dibawanya bersama.

          "Haih......?"
          Rasa manis coklat Ijat rasakan hilang, apabila kemanisan soya itu meluncur laju dalam lidahnya. Otak Ijat ligat berfikir kenapa. Rupanya tunas rasa manis dalam lidahnya ada satu bahagian sahaja, masakan dia boleh merasai dua kemanisan dalam satu-satu masa. Ijat tersenyum sendirian.


        Dahulukala. Hari ini. Selamanya.
    1. Tidak mungkin kita boleh merasai manisnya IMAN selari dengan manisnya JAHILIYYAH.
    2. Masakan kita boleh merasai bahagianya KEBAIKAN bersama dengan puasnya KEMUNGKARAN.
    3. Mana mungkin kita boleh melakukan amal-amal SYURGA serentak kita melakukan amal-amal NERAKA.
         “……Ya Allah, letakkanlah dunia di tangan-tangan kami dan jangan Engkau jadikan dunia menetap di hati-hati kami…” 

    Amar Ismat
    Seksyen 16, Shah Alam
    8 Nov 2011 10.31 a.m
        

    Friday 4 November 2011

    Hak Asasi Hamba..?

         Rancak sungguh mereka. Golongan pembela hak asasi manusia ini kembali menghingarkan suasana. Topengnya pelbagai, jika sebelum ini bertopengkan kebebasan bersuara dan demokrasi ala barat, kali ini dengan tema "Queer without fear" (Jangan takut untuk songsang), mereka membawa gagasan "Seksualiti Merdeka".
    Seksualiti Merdeka yang disokong pelbagai NGO Malaysia,  juga mendapat sokongan daripada pertubuhan dunia seperti Amnesty International dan United Nations
         Gempita tanah air dengan suara sumbang pejuang hak asasi manusia ini. Timbul persoalan di mana pula pejuang hak asasi Allah sebagi pencipta. Kita amat menanti suara sepadu pembela hak asasi Allah ini.


         Kasihan mereka ini. Penat lelah perjuangan gagasan mereka ini hanyalah demi memenuhi hak asasi seorang hamba hina, yang tiada nilainya di sisi Pencipta yang Maha Perkasa.


         "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal". -Saidina Ali bin Abi Talib-


    Amar Ismat
    Seksyen 16, Shah Alam
    04 Nov 2011 8.31 a.m







    Wednesday 26 October 2011

    Unsur Yang Luar Biasa..?


    Luar biasa. Abnormal.  Paranormal. Inilah yang akan diperkatakan bila kita menemui objek atau peristiwa yang terkeluar daripda lumrah kebiasaan bagi sesuatu perkara.  Kebanyakan unsur luar biasa ini dikaitkan dengan perkara-perkara ghaib (sam’iyyat), namun tidak kurang juga yang dinisbahkan kepada insan itu sendiri.
    Entri kali ini, penulis ingin melayarkan semua yang membaca tentang unsur luar biasa daripada sudut pandang yang agak berbeza. Bukan norma yang asing dan tidak diketahui oleh kita, namun mungkin kita hanya menganggap peristiwa-peritistiwa tersebut  hanyalah sebuah mitos lagenda yang agak jauh perkaitannya dengan kita muslim pasca abad ke 20 ini.
    Analisa beberapa peristiwa-
    1.       Ketika menjelang Perang Tabuk, Rasulullah s.a.w memanggil seluruh para sahabatNya dan meminta semua para sahabat yang diredhai oleh Allah kesemuanya untuk menginfaqkan harta di jalan Allah sebagai persiapan untuk menghadapi peperangan melawan bala tentera Kaisar Rom. Lalu Abu Bakar r.a tanpa ragu-ragu menginfaqkan kesemua hartanya ke jalan Allah dan apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w tentang apa lebihan harta yang ditinggalkan untuk anak isterinya, dengan tawakal yang sepenuh hati, Abu Bakar menjawab- “Aku meninggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”
    Pengorbanan yang tidak terhingga oleh Saidina Abu Bakar dalam perang Tabuk membuatkan Saidina Umar kagum akan baginda. Benarlah hadith Rasulullah, "Jika ditimbang iman Abu Bakar Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar.."

    2.       Seorang Ummu Syahid di bumi perjuangan Gaza yang telah kehilangan anaknya yang  gugur syahid semasa mempertahankan Masjidil Aqsa telah berkata kepada media yang menemuramahnya, “Jika aku ada sepuluh orang anak lelaki, nescaya akan ku hantar kesemua mereka untuk berjihad dan mendapatkan syahid di jalan Allah..!  Ketahuilah bahawa tiada seorang pun ibu di dunia ini yang menyayangi dirinya sendiri lebih daripada dia menyayangi anak-anaknya. Tetapi di sini, kami cintakan Al Aqsa lebih daripada kami mencintai anak-anak kami sendiri..!’
    Ummahat Palestin. Ibu-ibu luar biasa.


     Subhanallah. Sungguh ‘luar biasa’ dan dahsyat kalam dan fi’il mereka untuk agama dan pegangan mereka. Jika kita, korban duit minyak dan kredit sedikit untuk dakwah pun sudah berkeluh-kesah. Diminta untuk meluangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk solat berjemaah, menghadiri program dan infaq, berat rasanya tangan untuk membelek dompet dan menghulurkan sadaqah.
    Unsur ‘luar biasa’ inilah yang menjadikan Abu Bakar dan Ummu Syahid bukan sekadar manusia biasa. Unsur ‘luar biasa’ inilah yang menjadikan seseorang manusia itu berfikir, membuat pertimbangan dan melakukan perkara yang melangkaui batas manusia biasa. Unsur ‘luar biasa’ inilah yang dinamakan ‘IMAN’ yang terpasak kukuh dan benar di dalam hati, diperkatakan melalui lisan dan dipraktikkan melaui anggota.
    JIika Abu Bakar dan Ummu Syahid menjadi manusia ‘luar biasa’ kerana iman yang tersemat kukuh di dalam dada, bagaimana pula dengan manusia ‘luar biasa’ yang sanggup untuk membuang anak mereka ke dalam lubang tandas? Yang sanggup mencabul anak dan anak saudara mereka sendiri?  Yang sanggup membunuh anak sendiri dengan kejam? Tidakkah mereka ini juga ‘luar biasa’? Kerana tiada seorang ibu dan bapa pun yang tidak menyayangi anak mereka seperti yang dikatakan di atas.
    Ya. Mereka ini ‘luar biasa’ kerana tercabutnya IMAN daripada hati dan jiwa mereka. Dengan tercabutnya iman ini, maka mereka yang ‘luar biasa’ ini tergamak melakukan perkara yang binatang pun tidak sanggup untuk melakukan perkara yang sama kepada anak mereka  sendiri.
    “…Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar, dan mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat,  dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
    (Al A’raf:179)

    Kesimpulannya, iman merupakan satu unsur yang luar biasa. Baik kepada mereka yang memilkinya ataupun tidak. Peluangnya kembali kepada diri kita sekalian, untuk mengejar ke'luarbiasa'an yang hakiki menurut sudut pandang agama.
    "Bermulanya Islam itu dalam keadaan dagang. Dan ia akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang-orang yang dagang.." Riwayat Imam Muslim.



    Amar Ismat
    Restoran DiNaina
    26 Okt 2011 9.49 a.m



    Monday 24 October 2011

    Iftitah: Berakhirnya sebuah perjalanan, bermulanya sebuah kebangkitan..


        Alhamdulillah. Akhirnya apa yang direncana sekian lama tercapai juga. Sudah lama mengimpikan untuk memblog, tapi ditangguh-tangguh. Namun Allah beri kesempatan jua untuk meneruskan niat suci nan murni ini. Mohon ditunjuk dan diajar, kerana penulis baru belajar.
        Seiring dengan terbitnya blog ini, maka telah berlalunya satu fasa yang amat besar dan bermakna dalam diri penulis, iaitu waktu peperiksaan Sijil Tingi Agama Malaysia 2011, yang mana penulis menduduki peperiksaan ini di Akademi Ikatan Muslimin, Ipoh, Perak. Berakhirnya peperiksaan ini menandakan bermulanya tempoh kriktikal untuk menongkah arus perdana dalam memasyarakatkan dan membumikan fikrah perjuangan yang difahami penulis bukan lagi dalam kalangan pelajar, bahkan meliputi segenap lapisan komuniti sekeliling.
        Tempoh ini juga merupakan tempoh singkat bagi penulis untuk menyuburkan kefahaman dalam menuntut ilmu dan mempraktikkan fikrah sebelum melanjutkan pengajian di bumi perjuangan para anbiya' ridwanullahu 'alaihim ajma'in.
         Sudah tentu tiada istilah mencuri masa dan 'membunuh diri'.
         Ayuh, teruskan melangkah. Kerana di mana terpasaknya kemahuan, di situ terbentangnya jalan.


    Amar Ismat,
    Akademi Ikatan Muslimin.
    24 Okt 2011 11.36 p.m.