Sunday 1 November 2015

ANDA BERTANYA, PRESIDEN JAWAB

Berikut adalah beberapa persoalan dan syubhat yang sering dilontarkan pada ISMA Mesir secara khusus dan ISMA secara umum. Setiap persoalan di bawah dijawab sendiri oleh Presiden ISMA, AL-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam sebuah forum “Anda Bertanya, Presiden Jawab” yang dianjurkan pada 24 Oktober yang lalu.


APA YANG MEMBEZAKAN ISMA DENGAN JEMAAH LAIN
Soalan : “Apakah asolah dalam ISMA yang membezakan ISMA dengan jemaah yang lain?”
Saya lebih cenderung agar semua NGO Islamis dan NGO bukan Islamis seperti nasionalis untuk membangun umat berbanding melebihkan ISMA dari yang lain.
1. Pegangan kita kepada Islam. Itulah agenda, wasilah dan fikrah kita. Quran dan Sunnah menjadi sumber kekuatan.
2. Orang melihat Islam sebagai sumber hukum. Tidak ramai yg melihat ia sebagai sumber kekuatan membangun umat.
Dalam Islam ada formula yang boleh membangun umat yang kuat. Kita tidak mengambil sumber dari barat atau komunis untuk bangunkan umat. Kita mengambil Quran dan Sunnah dan aset pengalaman umat terdahulu dari Tamadun Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah untuk kita membangun umat.
Sebagai gerakan Islam, kita tidak boleh mengambil rujukan lain selain sumber Islam.
3. Kita realistik dengan membaca waqi' malaysia. Ada yang baca Quran Sunnah tapi tidak tengok keadaan malaysia. Dari segi demografi, geografi dan komponen-komponen lain.

***************************************************************************
Soalan : “Keistimewaan Tarbiah ISMA?”
Dalam memastikan asolah tarbiah ISMA, objektif tarbiah ISMA adalah objektif Islam. Apa yang terkandung dalam objektif Islam ada dalam objektif tarbiah ISMA.
Bila Quran menyuruh kita bersedia, maka kita sedang menyediakan kekuatan.
Usrah, katibah dan daurah adalah untuk memperkasakan objektif tarbiah.
Bila kita beriadah dan sentiasa berada dalam wasilah ini, ahli akan merasakan mereka beribadah setiap masa. Berada dalam aktiviti ribat (menjaga perbatasan) dalam mempertahankan Islam.
Kekuatan jemaah datang dari keimanan. Bila iman kuat, maka jemaah akan jadi kuat. Kerana kita tak membawa kefahaman yang luar dari Islam.
ISMA datang dari dalam diri, iaitu iman kita. Itulah sumber kekuatan kita. Bila kita nak upgrade aktiviti, ia bergantung kepada kekuatan iman seorang akh dalam jemaah.


KENAPA ISMA MEMPERJUANGKAN MELAYU?
Soalan :  Kenapa ISMA sering menghidupkan pengagungan tamadun Melayu?
Kerana orang Melayu tidak tahu asal-usulnya. Minda orang Melayu menjadi kerdil sehingga tidak tahu siapa dia dan apa yang patut diperjuangkan.
Untuk membawa agenda yang besar, orang Melayu perlu kembali kepada asal-usul mereka.
Bila kita kaji, sebenarnya tamadun Melayu itu wujud, dan ada kajian yang mengatakan tamadaun Melayu wujud dari zaman Tamadun Yunani lagi.
Contoh di Sungai Batu, 500 tahun sebelum Masihi lagi, orang Melayu sudah mempunyai kapallayar sendiri.
Genetik orang Melayu sudah menjadi lemah dan dibutakan dari sejarah. Kita dah jadi buta identity dan lemah jatidiri.
Bila dinilai semula melaui kajian empirikal, genetik Melayu adalah lebih tua dari genetik Cina dan India. Akan tetapi, Universiti Singapura mengeluarkan kajian yang mengatakan genetik Melayu lemah dan kita menerimanya secara langsung tanpa membuktikan yang sebaliknya.
Kita membaca sejarah Perang Hittin dan sebagainya tetapi kita terlupa mengkaji sejarah Melayu yang membebaskan Kota Melaka berpuluh tahun lamanya.
Pernahkan kita terbaca kenyataan Alfonso de Albequerque yang pernah mengatakan; “Jika jatuhnya Kota Melaka, maka jatuhlah Kota Makkah.”
Kisah Hang Tuah bukanlah mitos dan legenda yang direka sebagai sandiwara yang memperdayakan orang Melayu, tetapi ia adalah hakikat yang hidup dalam darah orang Melayu,
Semua perkara ini penting untuk menyeru kepada kebangkitan. Bila ISMA menyedarkan umat yang kita dahulu mempunyai tamadun yang hebat, ini bermakna kita mahu mengembalikan masyarakat kepada zaman kegemilangan Islam kita dahulu, dan kita ingin menegakkan Islam dengan kekuatan Melayu, akhirnya baru masyarakat boleh faham dan menerima dengan baik. ISMA bukan ingin menegakkan Melayu yang tiada asas dengan Islam.
***************************************************************************

TAADUD JEMAAH
Soalan : “Taadud Jemaah di Mesir?”
Polemik lama yang tidak relevan sekarang ini. Saya memegang jawatan perhubungan luar dalam ISMA.  Saya berjumpa dengan orang-orang di rumah-rumah negeri, saya katakan kepada mereka; “Kalau ada satu juta perbezaan dan satu sahaja titik persamaan, maka saya nak bersama anda dalam satu perkara itu.” 
Saya pernah mempelawa Al-Marhum Ust Harun Taib datang ke rumah untuk makan dan berbincang tentang perkara ini. 
Idea taadud jemaah ini sekarang sudah tidak digunapakai oleh orang yang mencetuskan perkara ini. Taadud jemaah ini sudah tidak relevan untuk dijadikan isu untuk bertembung antara jemaah. 
Fahaman ini tak sepatutnya masih dipegang oleh masyarakat pelajar di Mesir. Sedangkan ada di tempat-tempat yang lain, parti Islam sendiri yang berpendapat kita perlu bertahaluf dengan kafir, DAP dan lain-lain. Akan tetapi apabila dengan orang Islam sendiri, kita tunjukkan pendirian yang sebaliknya dan bermusuh serta berkhilaf pula dengan mereka. 
Dalam keadaan golongan Islamis ini syadid dan bermusuh dengan orang Islam, mereka boleh pula menerima kafir sebagai sekutu. Mereka gagal mengaplikasi mafhum taadud dalam mujtama' muslim, akan tetapi apabila dengan orang bukan Islam, bukan main toleransi dan berlemah lembut lagi laga golongan ini.

Kelompok yang memegang idea ini sendiri tidak mengaplikasi fikrah mereka dengan jujur kerana mewarisi permusuhan yang sudah berkurun lamanya.

[Diambil dari laman fb ISMA Mesir]