Thursday 28 January 2016

REFUTING MISCONCEPTIONS TOWARD FREEDOM AND LIBERTY

Liberalists always come up with same arguments when they want to justify their concepts of freedom.  There are flaws in the arguments of them, as I made some analysis through my reading. I ought to refute some concepts that they threw in the justifications;



1. They said that insulting others is not prohibited as long as it did not violated the two basic rules on freedom, which are 1) you do not physically harm others 2) you do not prevent others from exercising the same freedom.
2. They also argue that there is no such thing as gay rights, minority rights, and human rights. Collective rights are nothing but an aggregation of individual rights. The numbers do not matter. You can't pick and choose freedom. You either believe in freedom or you don't.

Firstly, I would say that I believe in freedom, totally, but not an absolute freedom or a freedom with the basic principles that are written above. I also believe that freedom and liberty is not a goal, but it is just a tool to achieve bigger goals of life. I derived it from a formula quoted by Aristotle in his book The Nichomachean Ethics, which he saw that the HIGHEST GOOD as the end sought by political science. Aristotle is focusing on the moral purpose that should be achieved from politics (in this case is freedom and liberty), which means that there are no benefits from freedom and liberty if they did not serve moral ethics of the society which is the highest good that Aristotle believe.




I cannot imagine, living in a country that is full with religious blasphemy and insults. Although both parties did not result to violence or prevent others to exercise the same insult, I swear it is not a kind of country that we ought to live in. There will be chaos, religious flare up and cold war between the citizens. Is this what liberalism means? Freedom that does not benefited anything good for the society and individuals. I guess if Aristotle lived today, he will also reject this kind of freedom that is far away from what he imagined should exist in a virtuous city.

I also cannot imagine waking up and see gays and lesbians across my hometown without feeling guilt. Is this a civilized society that we are talking about? Yes, they did not insult me personally, but this kind of freedom will harm the civilization for the next generations. We said that liberalism or liberal democracy brought us to the end of history, which means the culmination of human history. But liberal does not always mean progressive, whereas conservative or dogmatic do not always mean regressive.

I concluded that a nature of a good life is the core of freedom. Though conceptualization of a good life varies, but the basic realization of a good life is the combination of freedom with goodness. From this aspect, I realized that Islamic Politics and Philosophies meet the requirements. They just not meant for pure spiritual uplift, but also have a socio-economic and political significance as well. (which I will elaborate later in another entry, insya Allah).


Saturday 23 January 2016

DARI GERBANG AL-AZHAR

Berikut adalah beberapa cebisan pengalaman yang dapat saya noktahkan serta huraikan sepanjang semester pertama untuk sesi pengajian di Al-Azhar bagi sesi 2015-2016 ini.

ORIENTASI PENGAJIAN



Minggu pertama sebagai mahasiswa Tahun 4 Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar Kaherah banyak mengingatkan saya tentang luas dan dalamnya cakupan ilmu agama ini.

Masakan ilmu seluas ini, boleh dikuasai dengan segulung syahādah selepas 4 tahun dirāsah? Jikalau pelajar sains kesihatan mampu ditempatkan di hospital dan klinik kesihatan pasca 6 tahun pengajian, saya berani jamin tidak semua graduan pengajian islam mampu berwacana tentang ilmu yang dipelajari selepas menggenggam ijazah dalam masyarakat.

Bukanlah mengajak untuk sengaja mengulang tahun, tetapi memberi isyarat bahawa dirāsah ad-dīniyyah tidak akan tamat sehinggalah kita dikambus ke liang lahad, biar apa pun sijil pengajian yang kita dapat. Masa-masa semasa dirāsah amat berharga untuk hanya disia-siakan dengan perkara yang tidak menyumbang pada diri dan umat.

PENGKHUSUSAN KULIYYAH

Khusus untuk Kuliyyah Usuluddin, semasa tahun ketiga pengajian, siswa akan diberi pilihan untuk memilih satu daripada empat pengkhususan; jabatan Tafsir, jabatan Hadith, jabatan Aqidah dan Falsafah, serta Jabatan Dakwah.
Apabila diperhatikan manhaj yang dipelajari, kesemua pilihan pengkhususan ini merupakan sintesis lengkap untuk melahirkan duat yang mantap dari jānib fikri dan amali.
Jānib fikri seorang daie diasah dengan Tafsir, Hadith dan Aqidah. Setelah fikrah daie tersebut sejahtera, maka dia akan ke lapangan amali untuk berdakwah pada umat. Segala method dakwah yang praktikal diaplikasikan, dengan fundamental fikrah yang penting iaitu quran, sunnah dan pemikiran islami.
Sedarkah kita, Al-Azhar bukan ingin melahirkan siswazah dalam bidang akademik semata-mata, tetapi hakikatnya melahirkan duat yang bermanfaat buat umat?
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا
"Maka bagaimanakah (keadaan pada hari akhirat kelak) apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?" [An-Nisā';41]

TIADA SISTEM

Antara kelebihan Uni Al-Azhar yang "tiada sistem", adalah keterbukaan duktūr menerima kehadiran mahasiswa dari syukbah/kuliah lain.
Mahasiswa yang ingin hadir ke muhādharah syukbah/kuliah lain walaupun beliau bukan dari syukbah/kuliah tersebut, sangatlah dialu-alukan. Ini alternatif yang praktikal jika duktūr yang sepatutnya hadir tiada atau mahasiswa terlewat hadir dan tidak dapat masuk ke dewan kuliah.
Persoalannya, berapa ramai daripada mahasiswa yang cintakan ilmu dan mampu memanfaatkan masa sedemikian rupa?

HAKIKAT DEGREE DAN PHD DALAM BIDANG AGAMA



Doktor Tauhid kami di syukbah Aqidah Dan Falsafah Universiti Al Azhar, Prof Dr Mahmoud Husein mengatakan "syahādah degree hanyalah sijil untuk membaca. Manakala syahādah PhD adalah sijil untuk menulis. Kamu semua belum memulakan lagi langkah ilmu yang besar ini."

Sentap. Saya setuju dengan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa penulisan merupakan sebuah keperluan pada setiap peringkat, walaupun kita masih belum memiliki apa-apa akreditasi pengajian untuk bidang yang diceburi. Tulisan-tulisan ini yang akan memebentuk pemikiran masyarakat seawal tunas persekolahan, sebelum dicemari dengan dakyah-dakyah pelik yang berkumandang di kaca televisyen. monitor internet dan corong radio.

Tetapi, bagi saya pendapat Prof Dr Mahmoud Husein ada benarnya, di sudut yang berbeza. Mutu  dan kualiti penulisan tidak akan dapat digilap melainkan selepas satu tempoh pengajian yang lama dan berterusan. Penulis prolifik tidak akan mampu menulis karya yang sempurna jika tafaqquhnya belum cukup mendalam serta diiktiraf oleh mereka yang alim. Kerana itulah beliau menyuarakan pendapatnya yang sebenarnya tepat pada sudut kualiti dan mutu penulisan.

SAHABAT DARI BILAD MĀ WARĀ' AN NAHR



Sejarah Islam menyaksikan kebanyakan ilmu Islam didominasi oleh Al-Ajam (bukan Arab). Al-Allāmah dalam pelbagai bidang ilmu, jaguhnya hampir semua bukan Arab seperti Sa3d Ad-Dīn At-Taftāzānī dalam ilmu Kalam, Ibnu Manzūr pengarang karya agung Lisān Al-Arab, serta yang masyhur Imam Bukhari dan Muslim dalam ilmu hadith.
Realiti yang sama berlaku dalam kuliah di Al-Azhar juga. Rakan-rakan dari bilād min warā' an-nahar serta negara lain seperti Kazakhstan, Afghanistan, Nigeria, Turki, Indonesia dan Singapura sangat aktif dan cemerlang dalam pengajian.
Cuma sayangnya, ulama' dari bangsa Turkic dan rantau Caucasus ini jarang kita ambil peduli dan teliti ilmu dan amal dakwahnya sedangkan mufakkir dakwah terkenal Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid pernah memperdengarkan pada kita kisah Fādhil Pasha dari Dagestan.

ILMU AL-IJTIMA3 (SOSIOLOGI) DAN ILMU AN-NAFS (PSIKOLOGI)

Ilmu Sosiologi dan Psikologi sangat penting untuk individu/jemaah yang menitikberatkan dakwah dan tarbiyah. Mempelajari tentang tabiat masyarakat, struktur dan latar sosial yang ada dalam masyarakat akan memberikan gambaran jelas tentang sasaran dakwah. Ini amat penting untuk meletakkan manhaj yahg bertepatan dengan sasaran dakwah.
Ilmu Psikologi juga memainkan peranan dalam tarbiyah dan pembangunan insan. Mempelajari teori tentang sikap, karakter, hubungan sikap dengan suasana sekeliling akan mengajar murabbi skill yang penting untuk meningkatkan potensi manusia.

Buktinya, kita melihat susuk dakwah agung seperti Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna dan Sayyid Qutb yang merencana keberjayaan dakwah Ikhwan Muslimin ke seluruh ceruk di Mesir serta seantero dunia. Begitu juga Ali Shariati yang dikatakan sebagai "RausyanFikr" dalam kebangkitan Iran, yang meneliti faktor-faktor sosial yang terpendam dalam masyarakat. Walaupun mereka bukanlah ahli sosiologi, tetapi mereka membuktikan mereka lebih layak digelar sosiologue berbanding pakar sosiologi yang lain yang mungkin berputar di sekitar teoretikal dan konseptual.

Kedua-dua ilmu ini ada diajar dalam Kuliyyah Usuluddin Syukbah Aqidah dan Falsafah, sayangnya tidak teliti dalam pengajarannya dan sedikit dianaktirikan berbanding ilmu-ilmu lain.