Sunday 18 December 2011

Pasca HIMPUN


     Alhamdulillah, selesai Himpunan Sejuta Ummah HIMPUN Peringkat Negeri Perak. Walaupun kadar mobilisasi tenaga kerja tidak semegah HIMPUN di Stadium Shah Alam, rata-rata siri jelajah HIMPUN Peringkat Negeri ini berjaya menemukan sejumlah 3 ribu ummah dari kalangan muda-mudi yang masih ada sekelumit perasaan untuk mempertahankan agama ini. Penulis juga diberi peluang untuk turut serta menjayakan program, walaupun dipanggil pada saat-saat akhir.


Sepanduk yang menyokong agar ISLAM didaulatkan

     Setelah sekian lama Islamis dan Nasionalis berperang dingin di tanah air tercinta ini, akhirnya timbul suara-suara kesatuan yang ingin mendahulukan isu aqidah tuntas mengatasi segalanya. Harga mati untuk kedaulatan ISLAM. Mengenepikan blok-blok politik kepartian yang sering diganggu gugat oleh kuffar yang lantang menyuarakan hak asasi mereka. Tidak perlu bicara panjang, jenama dan logo HIMPUN itu sendiri melambangkan sebuah kesepakatan dan kesatuan yang sudah sekian lama dipisahkan oleh momokan Melayu Vs Islam.


Simbolik kesepakatan dan kesatuan yang sudah lama diimpikan, menjadi teras kepada jenama dan logo HIMPUN, yang bertunjangkan kedaulatan ISLAM


     
     Pasca HIMPUN ini, atas analisa peribadi, penulis mencadangkan agar semua daripada Muslimin di tanah air untuk:

  1. Menyahut seruan HIMPUN di mana-mana kawasan yang mengajak untuk berHIMPUN. Mustahil tiada kariah di negara ini yang tidak melaungkan seruan berHIMPUN untuk solat berjemaah, menghadiri kuliah agama dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ini adalah perHIMPUNan harian asas yang wajib dihadiri, terutama kepada para lelaki muslim.
  2. Bersegera melibatkan diri dalam aktiviti yang mengHIMPUNkan anasir-anasir kebaikan untuk digarap potensinya, seperti Usrah, Katibah, Mabit, Daurah, Rehlah, Mukhayyam dan sebagainya untuk sentiasa mengekalkan ruh tarbiyyah, ruh HIMPUN dan berjemaah di dalam diri ummah.
  3. Jangan pernah mencela atau mengkritik usaha-usaha orang lain untuk mengHIMPUNkan ummah. Asalkan HIMPUN mereka bebas daripada unsur-unsur maksiat dan cerca-mencerca, dan dibuat semata-mata untuk mendaulatkan agama, maka jangan sekali-kali menghalang mereka untuk berHIMPUN.
     Wallahua'lam. Sekadar kajian peribadi berdasarkan pengamatan dan pengalaman hidup yang masih setahun jagung.

 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 

"Dan berbantu-bantulah kamu dalam urusan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu berbantu-bantu dalam urusan dosa dan permusuhan.." Al Maidah : 2


Amar Ismat
Seksyen 16, Shah Alam
18 Dec 2011 06.22 p.m

Artikel Terkait

1 comments so far

HIMPUN HIMPUN!!


hehe..salam ziarah akh


EmoticonEmoticon